Search This Blog

INFORMASI

Sesi persekolahan 2022/2023 telah bermula.


Selamat kembali ke sekolah.


Teruskan aktiviti membaca.


Jaga diri, patuhi SOP #kitajagakita

PROFIL

DEFINISI PUSAT SUMBER



Pusat Sumber Sekolah yang merupakan gedung ilmu mempunyai sejarah menarik dan panjang. Pusat Sumber Sekolah bermula dengan nama “khutub khanah”, yang diwujudkan oleh penjajah Inggeris sejak awal abad ke-19, hanya merupakan satu sudut buku dalam bilik darjah,. Secara amnya keadaan khutub khanah di sekolah Inggeris adalah jauh lebih baik daripada Sekolah Aliran Melayu. Namun begitu tujuan utama “khutub khanah” bukanlah menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Apabila saiz koleksi buku di “khutub khanah” meningkat dan memerlukan ruang yang jauh lebih besar, nama “khutub khanah” didapati tidak lagi sesuai dan digantikan dengan “perpustakaan”. “Perpustakaan” pula lebih merupakan satu tempat di mana terdapat koleksi buku bagi memenuhi keperluan pembacaan di samping pembangunan pendidikan dan bahasa murid.

Perpustakaan sekolah mula diberi perhatian pada tahun 1960an setelah adanya cadangan-cadangan daripada Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu (1962) dan penerbitan Manual Perpustakaan Sekolah (School Library Manual) yang disediakan oleh Puan Margaret Walker pada tahun 1964 untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), antaranya:

·         Koleksi buku dan bahan diletakkan di sebuah bilik khas yang dipanggil “Perpustakaan sekolah”.

·         Guru Perpustakaan diberi latihan pengurusan perpustakaan selama setahun di institusi yang diperakui.

·         Tiga jenis akhbar disediakan di perpustakaan sekolah setiap hari.

·         Nisbah buku dengan murid ialah 1:10.

Usaha KPM mendapatkan khidmat beberapa pustakawan Amerika menunjukkan keperihatinan terhadap pembangunan perpustakaan sekolah dan cadangan penambahbaikan tersebut dilaksanakan secara progresif.

Pada tahun 1967, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1967 telah diwartakan bagi mengurangkan beban tugas Guru Perpustakaan. Selain itu, kursus pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan mula diperkenalkan. Pada tahun yang sama juga, Perpustakaan Sekolah telah diletakkan di bawah pengurusan Bahagian Buku Teks, KPM sehingga tahun 1973. Selepas itu, pengurusan perpustakaan sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah, KPM.

Penubuhan Unit Perpustakaan Sekolah secara keseluruhannya telah membawa kesan yang mendalam terhadap pembangunan perpustakaan sekolah. Menyedari hakikat bahawa perpustakaan sekolah memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa tindakan telah diambil, antaranya:

·         Pada tahun 1974, geran per kapita (PG) perpustakaan sekolah mula diperkenalkan bagi tujuan pembinaan koleksi.

·         Sains Perpustakaan diintegrasi sebagai salah satu mata pelajaran dalam silibus di maktab perguruan.

·         Pada tahun 1979, kursus satu tahun untuk Guru Perpustakaan di perkenalkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

·         Surat Pekeliling bagi memastikan terdapat ruang atau bulik disediakan bagi mewujudkan sebuah perpustakaan sekolah diedarkan.

·         Kursus Pengurusan Perpustakaan Sekolah 35 jam dan 45 jam diperkenalkan.

·         Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Kebangsaan dan tujuh (7) Jawatankuasa Pengelola Perpustakaan Sekolah Peringkat Negeri diwujudkan.

Perkembangan pesat perpustakaan sekolah dimantapkan lagi dengan penerbitan Rancangan Pembangunan Perpustakaan Sekolah di Malaysia (Blueprint For School Library In Malaysia) pada tahun 1979. Rancangan Pembangunan ini telah menggariskan beberapa asas kepada perolehan bahan bacaan, kemudahan fizikal, sumber manusia, pengurusan dan penggunaan.

Pada tahun 1980an, perubahan trend dalam bidang teknologi pendidikan telah meningkatkan penggunaan bahan alat pandang dengar dalam P&P. Bilik Alat Pandang Dengar telah diwujudkan bagi mengurus bahan-bahan tersebut. Seterusnya, pada 1 Mac 1983, KPM telah mengarahkan pertukaran nama Perpustakaan Sekolah kepada Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi mencerminkan penggabungan perkhidmatan perpustakaan dan alat pandang dengar di sekolah.  Arahan ini telah melahirkan Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan di Bahagian Teknologi Pendidikan dan seterusnya pembangunan semua Pusat Sumber Sekolah terletak di bawah tanggung jawab Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM mulai 1988.

Selain itu, rangkaian pusat sumber pendidikan mula diwujudkan. Empat (4) Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) iaitu di Kedah, Pahang, Terengganu dan Kelantan telah dibina pada tahun 1981-1983, dan sebanyak 350 buah Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1980an. Kini semua negeri telah menubuhkan PSPN – sekarang dikenali sebagai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan bilangan PKG telah meningkat kepada 368 buah. Antara fungsi utama adalah untuk memantau pelaksanaan program PSS dan teknologi pendidikan di peringkat negeri dan zon/daerah.

Pada tahun 2000, KPM telah melancarkan Tahun PSS (Surat Pekeliling Bil. 10/2000 bertarikh 20 April 2000). Tujuan utama Surat Pekeliling ini adalah untuk menyedar dan menggalakkan semua sekolah agar mempertingkatkan usaha bagi menaik taraf PSS.  Ini adalah susulan daripada salah satu resolusi yang dibuat di Persidangan PSS Peringkat Kebangsaan pada tahun 1999. Pada tahun 2000 juga, program Khidmat Bantu PSS dan Anugerah PSS Cemerlang buat julung-julung kali diadakan.

 

 PUSAT SUMBER SK ST. PAUL

Pada tahun 1995 hingga 1997, Sekolah Kebangsaan St. Paul menerima Akuan Janji Sekolah Bantuan Modal sebanyak RM150,000.00 dari Kementerian Pendidikan yang digunakan untuk menggantikan dua blok usang yang terakhir dengan pembinaan satu blok bilik-bilik pentadbiran dan satu blok 3 bilik darjah untuk digunakan sebagai bilik guru, bilik amali Pendidikan Islam dan perpustakaan.

 


VISI PUSAT SUMBER SK ST. PAUL

Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  


MISI PUSAT SUMBER SK ST. PAUL 

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat penyebaran ilmu dan maklumat.

  


PIAGAM PUSAT SUMBER SK ST. PAUL 


           1. Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang  selesa dan mencukupi.

    2. Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan bantu yang terkini dan berkeadaan baik dengan segera.

                   3. Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk keperluan atau kegunaan pengguna.

4. Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah.

            5. Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan dari semasa ke semasa.

      6. Memberi khidmat, layanan mesra, bersopan dan sentiasa peka kepada masalah pengguna.

              7. Menyediakan kemudahan dan menentukan kaedah tempahan penggunaan PSS kepada pengguna.

       8. Membantu memupuk tabiat pembelajaran kendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

 

 

 MATLAMAT PUSAT SUMBER SK ST. PAUL 


1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah.

2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu membina sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan agama, bangsa dan Negara.

3. Membantu golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan.

4. Merapatakan jurang perbezaan antara kemudahan-kemudahan pendidikan sekolah-sekolah luar Bandar dengan sekolah-sekolah di Bandar.

5. Mempertingkatkan mutu pendidikan dengan mengumpul, menyusun dan menyebarkan bahan-bahan ilmu pendidikan kepada warga SK St. Paul.

6. Membantu pengajar-pengajar supaya memperoleh dan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dengan lebih mendalam dan berkesan, seterusnya meningkatkan taraf profesionalisme keguruan masing-masing.

 


OBJEKTIF PUSAT SUMBER SK ST. PAUL 


1. Menguruskan maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan pelbagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperi kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran dan pembelajaran mereka.

 

2. Kecemerlangan pendidikan

Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik di kalangan pelajar-pelajarnya.

 

3. Penggunaan kemudahan

Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.

 

4. Memupuk tabiat belajar

Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

 

5. Penghasilan bahan

Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan / bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

 

6. Perkhidmatan pembelajaran

Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangan bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. Ia boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

 

7. Kemahiran maklumat

Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

  


FUNGSI DAN PERANAN PUSAT SUMBER SK ST. PAUL

 

         1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan     kokurikulum.

            2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            3. Merupakan tempat penyimpanan bahan pengajaran dan pembelajaran untuk             digunakan dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

4. Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan     maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.

                  5. Menjadi pusat perhubungan di antara sekoalh dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.

6. Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

                 7. Menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kemahiran belajar secara pembelajaran kendiri.

8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pelbelajaran.

                 9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan selaras dengan keperluan semasa               serta terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.

        10. Menyediakan rakam-salin serta memberi perkhidmatan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment